As'salamualaikum semua. Tumpang iklan sebentar. Hari ini sis nak share dengan korang semua tentang destinasi menarik yang terdapat di Terengganu yang wajib korang pergi tau. Kepada peminat-peminat dan penggemar-penggemar aktiviti lasak tu, hah kat sinilah tempat yang waib korang pergi kalau korang nak skuba ke ape ke kan. Sis pasti dan yakin kalau korang pergi je dekat Terengganu di Pulau Redang tu, korang pasti akan jatuh cinta punya dengan keindahan isi laut yang terdapat di sana. Okey lah sis nak share sikit apa yang menarik tentang Pulau Redang ni.
Pulau Redang atau hanya dikenali sebagai "Redang" merupakan salah satu pulau terbesar yang terletak di pantai timur Malaysia. Pulau Redang adalah salah satu daripada sembilan buah pulau yang membentuk taman laut dan menawarkan peluang "snorkeling" dan juga menyelam. Untuk pengetahuan korang yang tak pernah menjejakkan kaki ke Kuala Terengganu tu khususnya ke Pula Redang, sis nak bagitau bahawa terdapat dua jalan masuk untuk ke Pulau Redang iaitu dari Merang atau dari Kuala Terengganu dengan menggunakan bot yang dikendalikan oleh pihak resort.
Kepulauan Redang mempunyai sembilan pulau yang kaya dengan ikan dan hidupan laut yang mengagumkan. Selain itu juga penyu dan terumbu karang dapat memberikan kepuasan terhadap aktiviti "snorkeling" dan "scuba diving". Perjalanan bot bermula dari kampung nelayan di Merang yang terletak di utara Kuala Terengganu. So sis cadangkan kepada penggemar aktiviti "scuba diving" to , korang patut datang ke Pulau Redang dan alamilah keajaiban isi laut angerah Allah yang terindah kepada kita semua.
Namun begitu, aktiviti nelayan sama sekali tidak dibenarkan dalam radius 3.2 km dari Pulau Redang bagi memelihara khazanah laut yang terdapat di kawasan sekitar Pulau Redang ini. Selain itu juga, pemgumpulan batu karang dan kehidupan air yang lain juga adalah dilarang. Setahu sis pesalah yang melakukan perkara terlarang seperti mengambil batu karang tanpa keizinan akan didenda dan akan dikenakan hukuman yang amat berat kerana melanggar undang-undang yang telah ditetapkan.
Waktu terbaik untuk bercuti di Pulau Redang adalah di antara bulan April dan Oktober. Hal ini adala kerana kebanyakkan resort akan ditutup semasa musim Timur Laut yang melanda dari bulan Nov hingga Mac. Kebiasaannya, pengunjung akan mencari tempat yang mempunyai pengangkutan yang mudah apabila melancong ke Kuala Terengganu.
Selain itu, salah satu daya tarikan yang menyebabkan ramai pelancong yang melancong ke Pulau Redang adalah adanya penginapan yang selesa dan mewah yang mana dilengkapi dengan pelbagai kemudahan terutamanya kemudahan untuk berehat dan bersantai serta kemudahan wifi atau talian internet di bilik. Dengan adanya kemudahan seperti itu, pelancong tidak perlu bersusah payah untuk keluar pergi ke bandar semata-mata untuk mencari talian internet. Sis jamin bahawa korang takkan menyesal datang bercuti ke Pulau Redang dan sis pasti ianya akan menjadi memori yang terindah dalam hidup korang nanti. Percayalah .
sumber : google image
tak baiklah karangan ini
ReplyDeletesangat boo
ReplyDelete