As'salamualaikum dan selamat petang semua.
Hari ini saya nak share satu lagi aktiviti lasak yang boleh dilakukan oleh golongan remaja pada waktu lapang. Aktiviti lumba motor ini merupakan salah satu aktiviti yang amat menguji daya ketahanan fizikal dan mental seseorang pelumba. Perlumbaan motocross dan cubcross ini bukanlah merupakan perlumbaan yang biasa kita tengok di kebanyakan litar-litar motor. Perlumbaan motocross ini biasanya akan dilakukan di tempat yang khusus sahaja.
Kejohanan motocross vs cubcross ini diadakan di Litar Kampung Lubuk Periuk, Kuala Berang, Terengganu tanggal 20 Jun 2014. Perlumbaan motocross ini dalam kategori Endurance Open dengan menyaksikan perlumbaan antara motocross dan cubcross. Menurut info yang saya dapat dari laman sosial, perlumbaan tersebut telah berpihak kepada moto cub yang mana ridernya bernombor 7 yang mewakili HTMCC.
Jom sama-sama kita saksikan perlumbaan motocross vs cubcross !!!
Ini sahaja perkongsian daripada saya yang mana merupakan penggemar kepada aktiviti lasak dan mencabar fizikal mahupun mental.
sumber : youtube
No comments:
Post a Comment