As'salamualaikum dan selamat malam . Malam ni sis nak share sikit tentang keunikan Bukit Broga kepada korang semua . Walaupun masih lagi tidak berkesempatan untuk merasai keunikannya lagi, tapi sis harap sis akan dapat pergi hiking dan mencuba pelbagai aktiviti yang menarik di Broga Hills nanti bersama dengan rakan-rakan seperjuangan .
Di sini , sis nak kongsi sedikit tentang fakta Bukit Broga. Bukit Broga atau Broga Hills ini terletak di bahagian Timur Pekan Semenyih iaitu sejauh 4 kilometer menghala ke Broga. Sis difahamkan ketinggian Bukit Broga ini ialah kira-kira 400 meter dari paras laut. Bukit Broga ini sudah tidak asing lagi di kalangan para penggemar aktiviti lasak dan kebiasaannya didominasi oleh golongan remaja yang sememangnya inginkan cabaran dalam kehidupan mereka termasuklah sis sekali. Sebut sahaja tentang Broga , sudah pasti ramai yang akan terbayangkan tentang keunikannya.
 |
Selamat datang ke Bukit Broga. Alamilah keunikannya |
 |
Pemandangan Bukit Broga pada waktu subuh |
 |
Suasana di atas Bukit Broga |
 |
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Broga Hills |
 |
Menyelusuri Broga Hills dengan ATV |
 |
Antara pilihan pakej penginapan yang disediakan
|
sumber : google image
No comments:
Post a Comment