As'salamualaikum dan selamat pagi.
Hari ini saya nak share sedikit tentang pengembaraan rakyat Malaysia ke Gunung Everest. Sebagai rakyat Malaysia yang berjiwa patriotik seharusnya berbangga dengan kejayaan yang dihasilkan oleh segelintir rakyat negara kita yang telah berjaya menawan puncak Gunung Everest walaupun pelbagai halangan dan cabaran yang terpaksa mereka tempuhi untuk sampai ke puncak gunung tersebut. Pihak kerajaan haruslah mengambil pendekatan dengan menggalakkan anak-anak muda atau belia untuk menyertai aktiviti sebegini kerana aktiviti ini amat menguji tahap kekuatan fizikal dan mental seseorang. Mereka yang telah berjaya menawan puncak Gunung Everest ini sepatutnya diberi penghargaan dan anugerah yang tertinggi kerana telah berjaya mengharumkan nama Malaysia dipersada antarabangsa. Saya sebagai wakil anak-anak Malaysia amat berbangga kerana adanya mereka ini sedikit sebanyak meletakkan nama Malaysia di mata dunia. Saya sayang Malaysia dan bangga menjadi anak Malaysia.
Saya berharap agar eksplorasi ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang . In sha Allah .
sumber : google image
kongsi laa pengalaman tuu..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete