As'salamualaikum semua. Hari ini saya nak share satu lagi aktiviti lasak yang boleh dilakukan untuk memenuhi waktu lapang anda khususnya para belia.
Sukan go-kart bukanlah satu perkara baru dalam arena sukan di negara kita. Sukan ini tidak lagi terpinggir malah, semakin hari pelbagai perubahan dilakukan bagi meninggikan lagi mutu penciptaanya di samping memenuhi saingan perlumbaan go-kart yang semakin mencabar.
Go-kart untuk orang dewasa
Go-kart untuk kanak-kanak
Rekabentuk go-kart yang direka adalah salah satu usaha bagi melihat kemampuan generasi rakan muda abad 21 di setiap Institut Pengajian Tinggi di negara kita dalam menghasilkan sebuah prototaip go-kart yang mempunyai rekabentuk tersendiri yang mesti memenuhi setiap syarat yang telah digariskan oleh pihak penganjur.
Rekabentuk go-kart untuk orang dewasa
Rekabentuk go-kart untuk kanak-kanak
Di Malaysia, sukan go-kart memperlihatkan perkembangan positif seiring dengan pembangunan sukan bermotor tempatan. Antara pusat go-kart yang terkenal adalah KART X di Selangor. Pusat ini menyediakan kemudahan litar dan perkhidmatan lain termasuk peralatan keselamatan bagi aktiviti go-kart. Bermain go-kart adalah aktiviti yang terkawal kerana ia dijalankan di litar-litar khas. Oleh itu, pemandu bebas mencuba tahap kelajuan tanpa perlu risau tentang keselamatan mereka.
Litar khas untuk memandu g-kart
Track permulaan untuk memandu go-kart
sumber : google image
No comments:
Post a Comment